Sunday, October 18, 2009

Lawatan ALK KOMAF ke REX TX Sdn Bhd




14 Okt 2009 - Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KOMAF jam 9.30 pagi telah membuat lawatan ke RX TX Sdn Bhd di Dengkil, Selangor. Tujuan lawatan tersebut ialah melihat produk-produk cenderamata dengan lebih dekat serta membuat tempahan contoh cenderamata bagi KOMAF. Lawatan tersebut diketuai oleh Ust Mohamed, selaku Pengerusi KOMAF. Perbincangan lanjut tentang produk telah diterangkan oleh Pn. Rosniah selaku Pengarah Pemasaran & Operasi RX TX Sdn Bhd. Semoga, KOMAF akan dapat menghasilkan produk cenderamata yang menarik untuk dijual di kalangan ahli.

Sunday, October 11, 2009

Mesyuarat ALK KOMAF 08102009

8 Okt 2009 - Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KOMAF telah diadakan jam 11.00 pagi di Discussion Rooom, Resource Centre. Tujuan mesyuarat ialah untuk menyelaras gerak kerja KOMAF termasuk yang berkaitan dengan Kiosk KOMAF di Cafetria. ALK KOMAF bercadang untuk mengadakan lawatan ke RX Tex Sdn Bhd pada 14 Okt 2009 jam 12.00 tgh hari. Ia bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat produk cenderamata yang dihasilkan oleh syarikat terbabit.

Wednesday, September 9, 2009

Diskusi ALK KOMAF dengan Syarikat RH TEX Sdn Bhd



Pada 9 Sept 2009 jam 3.00 ptg bertempat di hadapan Kiosk KOMAF, Cafetaria telah diadakan perbincangan tentang produk-produk cenderahati oleh RH Tex Sdn Bhd, selaku syarikat pembekal. Mereka berminat untuk membekalkan keperluan KOMAF dalam pelbagai program yang dianjurkan dari masa ke semasa. Perbincangan diketuai oleh Sdr Affandy Othman yang juga selaku Pengurus Kiosk KOMAF. Turut hadir termasuk Sdr Baktiar, Pn. Siti Suhaila Suparno, Pn. Nor Shahrizam dan En. Mohd Ariff Musli. Penerangan tentang RH TEX disampaikan oleh Pn. Rosinah Abd Razak, Pengarah Pemasaran & Operasi. Pihak syarikat diminta memberikan sebut-harga produk untuk perbincangan lanjut pihak KOMAF. Cadangan KOMAF ke syarikat diadakan pada minggu hadapan sama ada Selasa (15 Sept) atau Rabu (16 Sept). Semoga usaha KOMAF ini akan memberikan faedah kepada ahli pada masa akan datang.

Jualan Gerai KOMAF Sempena Hari Kesedaran Pengguna Muslim 2009

Bersempena dengan Hari Kesedaran Pengguna Muslim 2009 pada 9 Sept 2009, jam 9.00 pagi -5.00 petang di Showroom 2, UniKL MFI. KOMAF telah membuka gerai jualan di hadapan Showroom 2. Program dianjurkan oleh Unit Mata Pelajaran Wajib (MPW), Technical Foundation Section, UniKL MFI. Ia telah dirasmikan oleh Y.Bhg Prof. Engr. Dr. Ishkandar Baharin, Ketua Kampus. Pelbagai aktivtii dianjurkan termasuk ceramah kepenggunaan, pameran dan sebaganya. Program turut dihadiri p;eh Ust Mohamed selaku Pengerusi, Ahli Lembaga serta ahlinya.

Jualan Kurma Sempena Ramadan 2009


KOMAF menjual kurma untuk santapan berbuka puasa. Dapatkan segera di kedai KOMAF sekarang. Harga dan jenis seperti dibawah

1.The Black Rubies of Bam – Kurma Madu Iran (basah)
500 gram + 5% - Harga KOMAF RM 11.50 (Harga pasaran biasa RM 12.00)

2. Kurma Bertangkai Deglet Nour Tunisia –
500 gram - Harga KOMAF RM 13.50 (Harga pasaran biasa RM 14 – RM 15.00)

Wednesday, August 19, 2009

Sesi Pengambilan Buku Undang-Undang Kecil & Kad Ahli sempena Mesyuarat Agung Tahunan KARISMA



Koperasi Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute Bangi Berhad (KOMAF) melalui kerjasama Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah mengambil langkah proaktif membuka kaunter mengedarkan buku undang-undang kecil & kad keahlian sempena Mesyuarat Agung Tahunan, Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan Kakitangan (KARISMA) UniKL MFI pada 19 Ogos 2009 jam 2.30 petang di Dewan Perdana. Melalui kaunter yang diwujudkan ahli juga dapat menandatangani borang persetujuan membenarkan KOMAF melaburkan syer ahli untuk kebaikan semua.

Suasana Ceria Majlis Perasmian Kiosk KOMAF oleh Presiden UniKL



Pada 3 Julai 2009 yang lalu bertempat di Cafetaria, UniKL MFI telah diadakan majlis perasmian Kiosk KOMAF. Ia telah sempurnakan oleh Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Abd Hakim Juri, Presiden UniKL sempena lawatan kerja beliau ke kampus UniKL MFI. Turut hadir menyaksikan majlis yang amat bersejarah ini termasuk Ketua Kampus, Timbalan Dekan, pengurusan UniKL MFI, Ahli Lembaga Koperasi, KOMAF, pensyarah dan staf. Semoga kewujudan kiosk KOMAF ini akan membolehkan kegiatan ekonomi koperasi berjalan dengan lebih rancak.