Wednesday, August 19, 2009

Sesi Pengambilan Buku Undang-Undang Kecil & Kad Ahli sempena Mesyuarat Agung Tahunan KARISMA



Koperasi Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute Bangi Berhad (KOMAF) melalui kerjasama Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah mengambil langkah proaktif membuka kaunter mengedarkan buku undang-undang kecil & kad keahlian sempena Mesyuarat Agung Tahunan, Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan Kakitangan (KARISMA) UniKL MFI pada 19 Ogos 2009 jam 2.30 petang di Dewan Perdana. Melalui kaunter yang diwujudkan ahli juga dapat menandatangani borang persetujuan membenarkan KOMAF melaburkan syer ahli untuk kebaikan semua.

Suasana Ceria Majlis Perasmian Kiosk KOMAF oleh Presiden UniKL



Pada 3 Julai 2009 yang lalu bertempat di Cafetaria, UniKL MFI telah diadakan majlis perasmian Kiosk KOMAF. Ia telah sempurnakan oleh Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Abd Hakim Juri, Presiden UniKL sempena lawatan kerja beliau ke kampus UniKL MFI. Turut hadir menyaksikan majlis yang amat bersejarah ini termasuk Ketua Kampus, Timbalan Dekan, pengurusan UniKL MFI, Ahli Lembaga Koperasi, KOMAF, pensyarah dan staf. Semoga kewujudan kiosk KOMAF ini akan membolehkan kegiatan ekonomi koperasi berjalan dengan lebih rancak.

Selamat Datang ke Dunia KOMAF, UniKL MFI


Assalamulaikum wrh.wbt dan Selamat Sejahtera,

Selamat datang ke dunia blog Koperasi Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute Bangi Berhad atau lebih dikenali sebagai KOMAF. Ia berdaftar KOMAF pada 29 September 2008 melalui Suruhanjaya Koperasi dan no daftar kami B-2-0512. Ia merupakan koperasi untuk semua staf UniKL MFI. Semoga kehadiran KOMAF dapat membolehkan ahli koperasi menikmati faedah-faedah yang ditawarkan melalui kegiatan ekonomi dari masa ke semasa. KOMAF kini menjalankan bisnes kiosk di Cafetaria, UniKL MFI.

Adalah diharapkan dengan wujudkan blog ini akan membolehkan KOMAF berkongsi infomasi dunia koperasi, perkembangan program mahupun lain-lain melibatkan kepentingan ahli. Sebarang respon untuk kebaikan kepoerasi amat kami hargai.